hey!!
 beberapa minggu yang lepas.. kelas kami dikehendaki membuat sebuah karangan yang berkaitan dengan kes pembuangan bayi.. oleh itu.. kami ingin berkongsi sebuah sajak yang berkaitan dengan tajuk ni..yang telah dicipta oleh Fazleena Hishamuddin. 
Yang namanya Mama
Mama
kalau aku asalnya dari rasa cinta
mengapa di situ aku di letakkan.
Berteman
lalat
ulat
lipas
semut
sampah
tahi
Mama
Kalau aku ini asalnya dari nafas cinta
mengapa di situ aku di campak.
Bersama
Busuk
kotor
hanyir
kepam
jijik
loya
Mama
kalaulah aku ini namanya cinta
mengapa di situ aku di buang.
Bawah jambatan
longkang
tong sampah
lubang tandas
semak samun
tepi jalan
Mama, Mama, Mama
aku mahu punya nama
aku mahu punya cita-cita
aku mahu ada nyawa
aku mahu ada rasa
aku mahu ada cinta
Kalau kau beri aku sedikit ruang
sedikit peluang
aku akan bangkit berjuang
aku akan pergi berperang
aku akan tendang terajang
kepada sesiapa pun yang menentang
kepada sesiapa pun yang melarang
kepada sesiapa pun yang hanya tahu memandang
Tapi Ma,
kau tidak beri aku itu
kau tidak beri aku waktu
waktu
Jangan risau Mama
aku ada bersama Dia
yang terima aku kurang-lebih nya
yang menjaga aku di syurga
yang beritahu aku apa makna cinta
Buat Mama-mama
berhentilah menjaja cinta
berhentilah menjadi pendosa.
Mama
kalau aku asalnya dari rasa cinta
mengapa di situ aku di letakkan.
Berteman
lalat
ulat
lipas
semut
sampah
tahi
Mama
Kalau aku ini asalnya dari nafas cinta
mengapa di situ aku di campak.
Bersama
Busuk
kotor
hanyir
kepam
jijik
loya
Mama
kalaulah aku ini namanya cinta
mengapa di situ aku di buang.
Bawah jambatan
longkang
tong sampah
lubang tandas
semak samun
tepi jalan
Mama, Mama, Mama
aku mahu punya nama
aku mahu punya cita-cita
aku mahu ada nyawa
aku mahu ada rasa
aku mahu ada cinta
Kalau kau beri aku sedikit ruang
sedikit peluang
aku akan bangkit berjuang
aku akan pergi berperang
aku akan tendang terajang
kepada sesiapa pun yang menentang
kepada sesiapa pun yang melarang
kepada sesiapa pun yang hanya tahu memandang
Tapi Ma,
kau tidak beri aku itu
kau tidak beri aku waktu
waktu
Jangan risau Mama
aku ada bersama Dia
yang terima aku kurang-lebih nya
yang menjaga aku di syurga
yang beritahu aku apa makna cinta
Buat Mama-mama
berhentilah menjaja cinta
berhentilah menjadi pendosa.



